Kandungan provokatif meningkat ketara di media sosial – MCMC

Putrajaya, Mac.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan 27,115 kandungan provokatif di media sosial bagi dua bulan pertama tahun ini dan menurunkan 35,490 kandungan sedemikan sepanjang tahun lalu.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan terdapat peningkatan ketara kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top (OTT).

“Sejumlah 2,004 kandungan membabitkan ucapan berbaur kebencian dan menyentuh aspek 3R (raja, agama dan kaum) yang berpotensi mencetuskan keganasan dan diskriminasi diturunkan sejak Januari 2023 hingga kini. Sementara, sejumlah 479 kandungan provokasi dan 3R diturunkan sejak 13 Mac hingga kini,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan kandungan memudaratkan termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu dan ia mengundang ancaman signifikan kepada fabrik sosial dan institusi di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here