Pasir Putih, Nov-
Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik di kediamannya di Kampung Banir Belikong, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa berusia 33 tahun terkena renjatan elektrik jam 4.57 pagi sebelum terjatuh ke dalam sungai di depan rumahnya.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa mahu menutup suis mesin basuh yang berada di depan rumahnya dan ketika itu rumah mangsa sudah dilanda banjir dengan keadaan arus deras. Rumah mangsa juga berada di kawasan rendah dan bersebelahan dengan sungai.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam4.57 pagi sebelum pihaknya tiba di lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa ditemui jam 5.30 pagi dalam keadaan tersangkut di pokok bunga beberapa meter dari lokasi kejadian.





















