Kuala Lumpur, Mac-
Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes langgar dan cubaan membunuh seorang lelaki di Bandar Teknologi Kajang.
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita 63 tahun pada 4.54 petang semalam.
Beliau berkata, pengadu menerima panggilan daripada anak lelakinya berusia 42 tahun kira-kira 12 tengah hari Jumaat lalu memaklumkan dia dilanggar sebuah kenderaan sehingga cedera dan tidak boleh bergerak.
“Ibu mangsa terus ke lokasi kejadian dan membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, terdapat satu video rakaman kamera papan pemuka kenderaan awam merakamkan kejadian itu, di mana sebuah kenderaan hitam sengaja melanggar mangsa yang turun dari lori dipandunya sebelum diseret ke atas pembahagi jalan.
“Pemandu kenderaan itu kemudian terus melarikan diri.”
Naazron berkata, sepasang suami isteri warga tempatan berusia 73 dan 65 tahun ditahan pada 11.15 malam Ahad bagi membantu siasatan .




















