Polis tumpu siasat punca nahas 3 remaja maut

Johor Bahru: Polis menumpukan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas tiga remaja bermotosikal berusia 16 hingga 17 tahun yang maut di Jalan Delima, Taman Kota Masai di sini, kelmarin. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan perkara lain hanya akan dilakukan selepas siasatan punca nahas diselesaikan.

Ketika ini siasatan punca nahas masih berjalan dan belum selesai. Kita akan siasat punca dahulu sebelum memutuskan mengenai siasatan perkara lain termasuk isu kecuaian dan sebagainya. Jika selesai siasatan baru tindakan seterusnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dilakukan. Nahas itu menyebabkan keluarga mangsa trauma akibat kehilangan insan tersayang, jadi tidak wajar tekanan diberikan kepada mereka buat masa ini, katanya ketika dihubungi.

Dalam nahas yang berlaku pada jam 10.30 malam itu, nahas dilaporkan dipercayai ketika semua mangsa menunggang dan membonceng motosikal bersaing sesama sendiri sehingga bergesel sebelum berlaku kemalangan.Tiga mangsa dilaporkan tercampak di atas jalan dan terlanggar batu pada bahu kiri jalan, manakala seorang mangsa jatuh di bahu kanan jalan.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia adalah remaja berusia 15 hingga 16 tahun, manakala yang parah berusia 17 tahun. Menurut saksi, seorang daripada mangsa ditemukan dalam keadaan mengerikan dengan kepala pecah dan semua mereka dipercayai sahabat baik dan berasal dari kawasan berhampiran lokasi kejadian. Beberapa pengguna jalan raya turut merakam video kejadian dan dikongsi di laman Facebook hingga menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga net.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here