Kes letupan paip gas: Selangor tawar 100 rumah sementara

Kuala Lumpur, Apr-
Lebih 100 rumah sementara bakal ditawarkan kepada mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata tawaran itu dibuat menerusi skim SMART Sewa Selangor dengan sebahagian kadar sewaan akan ditanggung kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri ketika ini masih mengenal pasti lokasi kediaman sementara berkenaan, selain mangsa dijangka memasuki rumah itu mulai minggu depan.

“Rumah sementara ini akan disediakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), selain turut mendapat kerjasama daripada pihak Airbnb.

“Sebahagian mangsa akan ditempatkan di Kota Warisan, Sepang, manakala bakinya bakal mendiami rumah di beberapa kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.

“Kita cuba menyediakan rumah sementara di kawasan berhampiran, namun ia bergantung kepada ketersediaan dan jumlah unit rizab dalam pegangan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here