Bot penumpang terbalik di Kerala, 21 maut

 Sekurang-kurangnya 21 orang maut apabila bot pelancong dua tingkat terbalik di Kerala, selatan India, semalam. Insiden itu berlaku di Tanur, sebuah bandar di daerah Malappuram di Kerala dan operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan pihak berkuasa. Akhbar Times of India dan agensi berita PTI meletakkan angka kematian pada 21, manakala harian Indian Express menyenaraikannya sebanyak 18.

Menteri Sukan dan Perikanan Negeri, V Abdurahiman, yang membantu menyelaraskan usaha menyelamat, berkata kebanyakan mangsa terdiri kanak-kanak. Lebih 30 penumpang dipercayai berada di dalam bot itu ketika kejadian berlaku.

Abdurahiman berkata, empat mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, manakala mangsa yang terselamat memberitahu media tempatan, ramai penumpang tidak memakai jaket keselamatan. Sedih dengan kehilangan nyawa akibat kemalangan bot di Malappuram, Kerala.

“Takziah kepada keluarga yang ditinggalkan,” kata Perdana Menteri, Narendra Modi dalam ciapan di Twitter, sambil menambah waris setiap mangsa berhak mendapat pampasan. Punca kejadian itu masih dalam siasatan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here