Nahas FRU: Lapan masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital – Exco Perak

Ipoh, Mei-

Seorang daripada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang cedera dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pada Selasa telah dibenarkan keluar dari hospital.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, mangsa dibenarkan keluar pada pagi Rabu sementara lapan rakannya yang lain masih memerlukan rawatan rapi.

“Daripada laporan yang saya terima pada pagi ini, lima lagi mangsa masih berada dalam keadaan kritikal dengan empat ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan dan seorang lagi di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

“Tiga mangsa lain yang sebelum ini turut menerima rawatan kini telah dipindahkan ke wad biasa dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan kunjungan ke kediaman mendiang Sarjan S. Perumal di Lahat di sini pada Rabu.

Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat kemalangan membabitkan kenderaan pasukan semalam, masih dirawat di dua hospital di Perak, manakala seorang telah dibenarkan pulang ke rumah.

“Kita mendoakan agar semua mangsa dapat sembuh seperti sediakala,” Sivanesan berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas memberi penghormatan terakhir kepada Sarjan S. Perumal, 44, yang meninggal dunia akibat kemalangan itu, di rumah mendiang di Bandar Baru Lahat Mines di sini hari ini.

Mendiang dijangka disemadikan di Krematorium Buntong di sini, petang ini.

Perumal adalah seorang daripada sembilan anggota FRU dari Unit 5 di Sungai Senam di sini, yang maut selepas lori pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampan, Teluk Intan pada 8.50 pagi semasa mereka dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas tamat tugas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here