Libas lelaki di pusat beli-belah – Lelaki mengaku tak salah

Kuala Lumpur, Apr-
Seorang pengurus tapak mengaku tidak bersalah kerana melibas seorang lelaki menggunakan parang di pusat beli-belah Seremban Gateway Isnin lalu.

Sinar Harian melaporkan R. Suresh Khanna, 47, membuat pengakuan itu di depan Hakim Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki 40 tahun menggunakan parang di tingkat satu sebuah kedai telekomunikasi di Seremban Gateway kira-kira 8.10 malam 14 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta mangsa sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta menyerahkan pasport, jika ada.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki parah diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang di sebuah pusat beli-belah di Seremban.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular menunjukkan seorang lelaki berparang menetak mangsa di kawasan tumpuan ramai.

Ketua Polis Seremban, Mohamad Hatta Che Din dilaporkan berkata kejadian itu dipercayai membabitkan unsur gangsterisme akibat dendam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here