Arau, Mei-
Seorang anggota polis dalam tahanan ditemui meninggal dunia di Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka di sini, semalam.
Mangsa berusia 28 tahun berasal dari Setiu, Terengganu itu ditemui tidak sedarkan diri dalam selnya oleh wadar sekitar jam 4.30 petang.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 5.25 petang dan mendapati mangsa adalah anggota polis.
“Mangsa diarah ke Mahkamah Majistret Kangar pada jam 8 pagi semalam bagi menghadiri perbicaraan namun enggan berbuat demikian.”Mangsa yang berada dalam selnya dilawati setiap jam oleh wadar bertugas dan setiap tinjauan mendapati dia hanya diam sambil berbaring di tempat tidur.
“Pada jam 4.30 petang, wadar yang meronda cuba mengejutkan lelaki itu yang disangka tidur namun mendapat dia tidak lagi bergerak dan segera mengarahkan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
“Pada jam 5.10 petang, pihak hospital mengesahkan dia sudah meninggal dunia sebelum tiba di hospital,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




















