Aidiladha disambut 7 Jun

Kuala Lumpur, Mei-
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 7 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan RTM malam semalam, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1446H jatuh pada Khamis ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1446H ialah pada 29 Mei 2025 Masihi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here