Kuala Lumpur, Julai-
Harga barangan di Pasaraya Mydin akan dinaikkan secara beransur-ansur bermula Ogos ini apabila stok lama habis dan digantikan dengan stok baharu yang terkesan dengan kenaikan kos operasi serta peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, harga jualan kekal buat masa ini kerana stok sedia ada masih mampu bertahan sehingga sebulan sebelum digantikan dengan bekalan baharu daripada pembekal.
“Jadi, jika barang bertahan selama satu bulan, maka apabila habis barang, pembekal kita akan hantar barangan baharu. Apabila mereka menaikkan harga, maka kita terpaksa menaikkan harga jualan.
“Bagaimanapun, kita tidak akan benarkan naik harga sewenang-wenangnya. Jika kos naik, barulah kita naikkan harga.
“Namun, jangkaan saya memang barang terlibat peluasan SST akan naik harga,” katanya kepada Sinar Hrian.
Menurutnya, Mydin menjangkakan stok sedia ada akan bertahan selama dua minggu manakala stok daripada pembekal dijangka mampu bertahan selama sebulan.





















