Dakwa pegawai kanan bukti siasatan telus, kata KPN

Kuala Lumpur, Dis 18.
Keputusan Jabatan Peguam Negara mendakwa pegawai kanan polis yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut seorang pelajar tingkatan lima di Ipoh Jumaat lepas di bawah kesalahan membunuh membuktikan ketelusan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husin berkata tindakan mendakwa pegawai berpangkat DSP itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini diputuskan Jabatan Peguam Negara berdasarkan bukti dan keterangan hasil siasatan menyeluruh pegawai penyiasat.

Keputusan ini memperlihatkan ketelusan polis dalam melakukan siasatan terhadap sebarang kes jenayah, termasuk melibatkan pegawai kanan polis. Siasatan kes ini dikendalikan ketua polis negeri dan ketua polis daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik dan berkredibiliti.

Saya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota atau pegawai yang melakukan jenayah, saya akan pastikan siasatan telus dan adil dijalankan bagi menjaga nama baik pasukan ini,” katanya kepada Bernama malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here