Hukuman mati 4 rakyat Malaysia di Singapura -Suhakam gesa kerajaan campur tangan

Kuala Lumpur, Sep-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan campur tangan dalam pelaksanaan hukuman mati terhadap empat rakyat Malaysia di Singapura atas kesalahan mengedar dadah.

Empat individu itu ialah K. Datchinamurthy, P. Pannir Selvam, S. Saminathan dan R. Lingkesvaran.

Suhakam menegaskan pendiriannya menolak hukuman mati, dengan menyatakan bahawa ia yakin kepada keadilan, maruah, serta pemulihan bagi semua pesalah. Walaupun Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) membenarkan hukuman mati bagi jenayah berat, Suhakam berkata Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB secara konsisten memutuskan bahawa kesalahan berkaitan dadah tidak termasuk dalam kategori itu.

“Oleh itu, Suhakam menggesa kerajaan mengambil semua langkah diplomatik dan perundangan yang mungkin untuk melindungi hak dan nyawa warga Malaysia yang berdepan hukuman mati di luar negara.

“Libatkan mekanisme hak asasi manusia antarabangsa dan serantau bagi memastikan kes mereka diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here