Rempit semasa PKPD, 7 kanak-kanak bawah umur antara 31 ditangkap

SHAH ALAM: Polis menahan 31 individu termasuk tujuh remaja bawah umur dalam Op Khas Motosikal di Jalan Sultan Alauddin, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara Nurulhuda Mohd Salleh berkata operasi yang bermula 5.30 petang hingga 10.30 malam itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Kompaun turut dikenakan kepada 22 individu di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam dan keluar tanpa hala tuju, katanya dalam kenyataan hari ini. Nurulhuda berkata pihaknya akan terus menjalankan operasi dan penguatkuasaan bagi membendung kegiatan lumba haram terutama dalam tempoh perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here