Kuala Lumpur, Sep-
Seorang penumpang bas yang disaman selepas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar dalam Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Sungai Besi, di sini pada Khamis beri alasan “Maaf, sudah menjadi kebiasaan saya tidak memakai tali pinggang keledar apabila menaiki bas.”
Dia merupakan antara empat penumpang yang dikenakan saman kerana masih berdegil serta memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, alasan sedemikian sering digunakan oleh penumpang bas yang gagal memakai tali pinggang keledar.























