Bekas Puteri Jepun berpindah ke AS

Tokyo: Bekas Puteri Jepun, Mako Komuro berlepas ke Amerika Syarikat (AS) hari ini bersama suaminya, Kei Komuro selepas meninggalkan gelaran dan keluarga diraja kerana berkahwin dengan orang biasa.

Pasangan itu berkahwin bulan lalu di Tokyo tanpa upacara dan ritual berkaitan perkahwinan. Ia berdasarkan keputusan Maharaja Naruhito dan Putera Mahkota Akishino berdasarkan pelbagai pendapat umum mengenai perkahwinan mereka, termasuk isu kewangan antara ibu Komuro dan bekas tunangnya.

Pasangan itu yang masing-masing berusia 30 tahun menaiki penerbangan komersial pada Ahad ke New York, di mana Kei sebelum ini belajar dan kini bekerja di sana.

Dengan dikawal ketat oleh pegawai polis dan lapangan terbang, pasangan itu berlalu di hadapan kira-kira 100 wartawan dan jurukamera tanpa menjawab soalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here