8 jam atas talian sehari! Malaysia mendahului di Asia Tenggara

Kuala Lumpur, Okt-

Rakyat Malaysia menghabiskan purata lapan jam sehari melayari platform dalam talian berdasarkan laporan terbaharu diterbitkan Ipsos Digital 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata ia menjadikan Malaysia antara pengguna internet paling aktif di rantau Asia Tenggara.

Beliau mengingatkan kebebasan digital yang dinikmati rakyat hari ini datang bersama tanggungjawab besar untuk mengawal tingkah laku dan memastikan penggunaan media secara beretika.

“Kita menikmati dunia tanpa sempadan, tetapi dalam kebebasan itu wujud cabaran yang nyata,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Media dan Komunikasi 2025 (MENTION2025) anjuran Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here