Tragedi tengah malam: Lapan kanak-kanak dan dua dewasa terbunuh dalam timbunan di Lebuhraya Elite

Lapan beranak yang menaiki sebuah kereta maut dalam kemalangan di Lebuhraya Elite, menghala ke Shah Alam, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Subang Jaya, tengah malam tadi. Dalam kejadian sekitar jam 11.40 malam itu, kereta Proton Wira dinaiki 10 sekeluarga mangsa terbabit dilaporkan berhenti di lorong kecemasan kerana bateri rosak.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan menyebut, kereta berkenaan kemudian berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 8.3, sebelum diberi bantuan oleh dua lagi kenderaan lain. Semasa kejadian hujan lebat dan permukaan jalan licin di tiga lorong satu hala itu.

“Sebuah lori treler yang datang dari arah belakang telah merempuh ketiga-tiga kereta yang berada di lorong kecemasan selain menyeret kereta dinaiki 10 sekeluarga ke sebelah kanan lebuh raya,” kata kenyataan itu. Semua sembilan beranak dan seorang lagi pemandu kereta lain disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here