Peringatan tegas dari JAKIM

Putrajaya, Apr.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi peringatan tegas kepada syarikat Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) yang mengeluarkan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah, supaya cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu sensitif membabitkan agama serta kaum.

Ketua Pengarah JAKIM, Datin Hakimah Mohd Yusoff, berkata peringatan sama turut diberikan kepada semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport.

“Hari ini, JAKIM mengadakan pertemuan dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s, Datuk Seri Ng Chuan Hoo, bagi tujuan siasatan serta meminta penjelasan mengenai isu berkenaan dan langkah pihak syarikat itu untuk mengelak isu seumpama daripada berulang.

“Pihak Vern’s sudah menjelaskan kedudukan sebenar isu terbabit dan memohon maaf. Pihak syarikat itu sudah mengambil tindakan drastik dengan menarik balik serta-merta produk terbabit dari lebih 70 cawangan Vern’s di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here