Dr Mahathir Pemangku Menteri Pendidikan

PUTRAJAYA –
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan, kata Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pemangkuan sementara yang berkuatkuasa 3 Jan lepas itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas (8 Jan).

Dr Mahathir akan memangku jawatan itu sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik menurut kenyataan itu

Pada 2 Jan lepas, Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Jan selepas mendapat nasihat Dr Mahathir, selepas memegang portfolio itu selama 20 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here