Haruslah Bersabar Untuk Melihat Pembangunan

KUALA LUMPUR –
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agr masyarakat bersabar untuk melihat pembangunan negara.

Menyangkal tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tiada hala tuju, memberikan contoh terdapat pelbagai perkembangan positif untuk membuktikan sebaliknya.

Antara lain, beliau berkata kerajaan telah melancarkan skim Kemakmuran Bersama yang menggariskan laluan jelas untuk berkembang maju yang sesetengah pengkritik mungkin tidak dapat melihatnya.

“Tetapi bagi kerajaan, hala tujunya adalah jelas. Kami tidak mahu sekadar pulih dan menjadi makmur. Kami mahu kongsikan kekayaan negara kita secara saksama,” kata Dr Mahathir dalam catatan bertajuk ‘Kerajaan PH’ di dalam blognya .

Untuk itu, beliau berkata kerajaan telah melaksanakan inisiatif pelan perindustrian baharu, dilengkapi dengan pelan pertanian baharu.

“Kami tahu hala tuju kami. Orang luar mungkin tidak. Tetapi kami tahu. Kami amat jelas dengan apa yang kami mahu lakukan dan bagaimana kami akan lakukannya. Pelan-pelan mungkin mengambil masa seminggu atau lebih untuk dirumuskan tetapi pelaksanaannya akan mengambil masa lebih lama, sekurang-kurangnya dua tahun atau lebih. Tetapi kerja sudahpun bermula,” katanya.

Bagi pemerhati ia tampak seolah-olah tiada apa yang bergerak, katanya sambil menggunakan pepatah ‘Rome tidak dibina dalam masa sehari’ untuk menunjukkan bahawa pelbagai inisiatif yang dilaksanakan akan mengambil masa untuk membuahkan hasil.

“Beri kerajaan sedikit masa dan ambil bahagian sepenuhnya dalam dasar-dasar Kemakmuran Bersama, dan dalam dua tahun lagi anda akan sedar bahawa hala tuju kerajaan adalah betul,” kata Dr Mahathir dalam kenyataan.

Beliau berkata tuduhan bahawa kerajaan PH tiada hala tuju dibuat oleh mereka yang enggan menerima hakikat.

“Mari lihat apa yang ia telah lakukan. Disebalik hutang besar lebih satu trilion ringgit, yang jelas bahawa ia dapat mengekalkan kemampuan negara. Pemberi hutang tidak menyaman kerajaan. Malah, ada antaranya yang mahu meminjamkan lebih banyak wang pada kadar rendah. Kerajaan jelas mempunyai kepercayaan kredit. Hutang telah dikurangkan,” katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa negara turut stabil dari segi politik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here