Sekilogram Bawang 98 Sen!

Mentakab –

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengiatkan usaha untuk mengurangkan harga bawang di seluruh negara yang naik mendadak tinggi.

Pada kebelakangan hari harga sayur-sayuran terutamanya harga bawang melonjak tinggi. Harga bawang yang paling rendah adalah RM4.90 sekilogram dan yang paling tinggi RM24 sekilogram.

Kementerian telah mengarahkan pegawai kementerian untuk menggunakan kuasa yang ada dan mengeluarkan notis terhadap setiap rantaian harga bawang di Supermarket, Pasaraya, Minimarket, kedai runcit dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah rungutan bawang, kedai serbaneka TF Mart mengenalakan harga promosi bawang dengan harga sekilogram 0.98 sen. Ia diperkenalkan pada Khamis lalu, akan berlangsung sehingga Ahad ini. Orang ramai dari kawasan persekitaran sekarang bertungkus lumus ke TF Mart Mentakab untuk membeli bawang dengan harga berpatutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here