Lebuhraya PLUS Sesak Akibat Kemalangan

IPOH –

Aliran trafik sesak sejauh enam kilometer (km) susulan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori membawa muatan gulungan kertas di Km 250 di Lebuhraya Utara Selatan dari Terowong Menora ke hentian Sungai Perak dekat sini awal pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, semua lorong ditutup berikutan muatan lori bertaburan di atas jalan ketika kejadian kira-kira pukul 6.00 pagi.

Kemalangan, yang dipercayai berpunca daripada pelanggaran antara lori dan kereta, itu menyebabkan pemandu kereta dan penumpang lori turut mengalami kecederaan.

Ketika kejadian pemandu lori itu bersama bapanya , perjalanan dari arah selatan dan apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu lori yang memandu di lorong kiri dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Lori itu kemudian menyeret kereta jenis Honda Civic berkenaan ke hadapan sebelum kedua-dua kenderaan berpusing lalu mengakibatkan muatan gulungan kertas dari lori jatuh berselerak di atas jalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here