KUALA LUMPUR-
Tindakan pihak berkuasa India ‘memboikot’ pembelian minyak sawit Malaysia dikhuatiri akhirnya memberi kesan kepada ratusan ribu pekerja tempatan dalam industri berkenaan.
Ianya boleh menjurus perang perdagangan tidak rasmi dan sekatan ekonomi yang akan mengundang penderitaan kepada pekerja sektor itu
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon, berkata pihaknya percaya tindakan India itu hanya didorong isu politik yang melanda dengan Kerajaan Malaysia sebelum ini, namun ia tidak seharusnya memperjudikan aspek ekonomi yang menyebabkan pekerja bidang itu terjejas.
Oleh itu, beliau berkata, Kerajaan Malaysia dan India diminta menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan sebarang isu dan bukannya menggunakan perang perdagangan yang akhirnya menyebabkan ribuan pekerja sektor itu terjejas.