89 murid di Johor dijangkiti influenza

JOHOR BAHRU –

Seramai 89 murid di negeri ini dijangkiti influenza setakat 1.30 tengah hari tadi.Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Azman Adnan berkata Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 56 murid diikuti Kulai (15), Tangkak (enam), Kluang (lima), Muar (lima), Batu Pahat (satu) dan Pontian (satu).

Menurutnya berdasarkan data yang diperoleh daripada rawatan kesihatan di pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta itu, murid yang dijangkiti terdiri daripada prasekolah serta sekolah rendah dan menengah.

Bagaimanapun, Azman berkata tiada penutupan kelas atau sekolah setakat ini.

“Persekolahan berjalan seperti biasa. Bagi satu atau dua kes perlu ikut prosedur operasi standard (SOP) sekolah iaitu buat pembersihan kelas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here