Gangguan Air 2,000 Orang Mengalami Kesukaran

JOHOR BARU –

Lebih daripada 2,000  penduduk kawasan perumahan rumah pangsa Kip Mart di  Skudai Kip Mart  dekat sini mengalami kesusahan kerana saluran air ke rumah mereka terputus tiba-tiba.

Seorang penghuni Kip Mart, Poovan, (30 tahun) mengeluh, perkara ini bukanlah satu perkara baru kepada mereka. Hampir setiap bulan mereka menggalami kesusahan ini kerana saluran air diberhentikan secara tiba-tiba tanpa di bagi amaran atau notis sebelum bekalan air diputuskan.

Bekalan air untuk kawasan mereka diputuskan pada Jumaat lalu. Apartment kawasan itu mempunyai 725 rumah dan penduduk pula melebihi 2,000 orang. Oleh kerana setiapkali air diberhenti  tanpa pengumuman  lebih dahulu penghuni kawasan perumahan tersebut mengalami banyak kesukaran. Untuk kegunaan harian seperti mandi dan cuci mereka megunakan air di kolam berenang di situ.

Seorang suri rumah bernama Bawani berkata bukanah bekalan air sahaja dihentikan tiba-tiba tanpa pengumuman macam itu, malah elektrik pun diberhentikan tiba-tiba macam itu. Beliau berkata oleh kerana hampir setiap bulan perkara ini berlaku, penduduk kawasan itu mengalami banyak kesukaran .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here