Tiada perubahan tarif air di Selangor – Dr Xavier

KAJANG –

Tidak ada kenaikan terhadap tarif air di Selangor walaupun Stream B Loji Rawatan Air Langar 2 (LRA2) telah diserahkan kepada Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr. Xavier Jayakumar yang memberi jaminan itu berkata kerajaan telah membuat perkiraan yang perlu dan mendapati tarif air boleh kekal seperti keadaan semasa.

“Air Selangor berada di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), yang merupakan agensi kerajaan. Kadar sewa (LRA 2) berada pada kadar faedah minimum yang boleh dibayar balik dalam tempoh 45 tahun.

“Tidak ada bank, atau ada cara lain yang mereka akan dapat peluang untuk membayar balik dalam tempoh lebih 45 tahun. Itu sebabnya ia akan menjadi jumlah yang sangat nominal yang perlu dibayar oleh Air Selangor,” katanya kepada sidang media selepas menyaksikan penyerahan Stream B LRA2 di sini semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here