Tiada wabak Coronavirus dikesan di Malaysia

SEPANG –
Tiada wabak coronavirus dikesan di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata seramai 61 orang daripada 267,054 penumpang dan anak kapal yang disaring di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari 15 hingga 20 Jan merekodkan bacaan suhu badan yang tinggi tetapi bukannya berkaitan coronavirus.

“Seramai 61 orang dikesan mempunyai bacaan suhu badan yang tinggi tetapi imbasan kedua mendapati mereka yang antaranya warganegara Malaysia, Myanmar dan Ireland itu hanya mengalami deman biasa,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh 15 Jan hingga 20 Jan itu, imbasan haba telah dilakukan terhadap 258,246 penumpang dan 8,808 anak kapal daripada sejumlah 2,484 pesawat yang mendarat di KLIA di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here