Trafik ke utara sesak enam kilometer

IPOH –

Aliran trafik arah utara sesak sepanjang enam kilometer susulan kebakaran sebuah treler di KM249.9 lebuh raya utara selatan arah utara, selepas Terowong Menora.

Menurut jurucakap PLUS, kejadian pada kira-kira pukul 12.49 tengah hari itu menyebabkan semua lorong terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran pada treler itu yang membawa muatan barangan kitar semula.

“Bagaimanapun lorong kanan telah dibuka untuk laluan, manakala lorong kiri masih terhalang bagi kerja mengalihkan treler,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap JBPM berkata  treler berkenaan sedang mengalami kebakaran pada bahagian kepala sebanyak 80 peratus.Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here