Diskaun 10 peratus di JSAHMS sempena Tahun Baharu Cina

BATU KAWAN –
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menawarkan diskaun 10 peratus kepada pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Ketua Pegawai Eksekutif JKSB Faisal Shahbudin berkata kadar diskaun itu bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 25 Jan.
“Diskaun ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat pihak syarikat bagi menghargai para pengguna serta memudahkan urusan balik kampung para pengguna JSAHMS. Kami jangka akan ada peningkatan dari segi trafik di kawasan ini nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here