Malaysia catat lebih 20 juta pelancong antarabangsa tahun lepas

KUALA LUMPUR –

Seramai 20.1 juta pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia sepanjang tahun lepas dengan jumlah pendapatan pelancongan sebanyak RM66.1 bilion direkodkan bagi tempoh Januari hingga September 2019.

Perkara itu digariskan dalam Laporan Pencapaian 2019 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang diterajui Datuk Mohamaddin Ketapi, hasil garapan pelbagai usaha kementerian itu dalam menjadikan negara destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia menjelang 2020.

Menurut laporan yang dimuat naik di portal rasmi kementerian itu baru-baru ini, 2019 turut menyaksikan Program Pengalaman Homestay Malaysia (Homestay) yang bertujuan memperkasa ekonomi luar bandar, merekodkan seramai 458,899 pelancong dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM29.7 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here