Seramai 212 orang terjejas akibat banjir kilat dan ribut di Johor

JOHOR BAHRU –

Seramai 212 mangsa daripada 59 keluarga di negeri ini terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) akibat terjejas banjir kilat dan ribut susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri, Tan Chen Choon berkata, setakat 8.00 pagi ini, empat daerah terjejas iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Pontian.

Katanya, dua PPS iaitu Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 di Johor Bahru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jubli Intan Renggam di Kluang dibuka lewat petang semalam.

Manakala dua lagi PPS iaitu SK Sri Bunian di Pontian dan Balai Raya Kampung Saleng di Kulai mula dibuka awal pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here