Dua beranak rentung, kereta terbabas lalu terbakar

KEPALA BATAS –
Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan lalu terbakar dalam nahas di Kilometer 119, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Bertam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mereka yang rentung dikenal pasti sebagai Yeap Boon Kwan, 23, iaitu pemandu dan anak perempuannya Yeap Jing Xuan, tiga tahun yang berada di tempat penumpang tengah dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berkenaan.

“Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.58 pagi memaklumkan sebuah kenderaan terbabas sebelum terbakar dan selepas pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran mendapati terdapat dua mangsa dalam keadaan rentung dalam kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here