Kuala Lumpur, Feb-
Semua isu berkaitan dengan hal ehwal agama bukan Islam di negara ini boleh dibawa kepada Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama (BKAPA).
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata BKAPA adalah salah satu agensi di bawahnya yang sudah wujud sejak sekian lama.
“Tiada keperluan untuk mewujudkan portfolio menteri yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam. Ada pelbagai bahagian di bawah kementerian ini (Kementerian Perpaduan) yang boleh menangani isu hal bukan Islam dan ia turut disertai oleh pelbagai pihak termasuk daripada wakil agama. “Selain BKAPA, kita turut mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) untuk menangani isu sensitif membabitkan agama dan sebagainya.
“Saya turut mempengerusikan secara bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam
“Sekiranya ada isu berbangkit, kita akan adakan mesyuarat untuk melihat kepada isu berkaitan, akan berbincang dan cadangkan apa tindakan sepatutnya diambil dan terangkan keadaan sebenar kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Jejak Harmoni sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, di sini hari ini.
Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI).