Agong kurnia darjah kebesaran kepada 188 individu

PUTRAJAYA –

Seramai tiga individu, didahului oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dianugerahkan darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain Mohd Zawawi turut dianugerahkan SMW ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mazlan Yusoff.

Hasnol dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuat kuasa hari ini.

Antara penerima PMW ialah Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus, Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr Waitchalla R R Suppiah serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.

Selain itu, 39 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 27 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 36 individu menerima anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 68 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Pentadbir sukan dan beberapa atlet merupakan antara individu yang turut diberikan anugerah, antaranya Timbalan Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur Mohd Taupik Hussain yang menerima JMW serta jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen dan atlet karate negara S. Prem Kumar yang masing-masing dianugerahkan KMW dan PPW.

Penganugerahan itu diberikan atas kejayaan Mohd Syarul, atlet kelahiran Kuala Lumpur mencatat sejarah apabila meraih gelaran Mr Asia dan Mr Universe, masing-masing lima dan empat kali berturut-turut, manakala S. Prem Kumar pula menyumbang pingat gangsa buat kontinjen negara di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here