Tiada kompromi keganasan di tempat kerja – MMA

Presidennya, Dr N. Ganabaskaran dalam kenyataan hari ini menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) bukan sahaja telah membuat garis panduan tetapi juga modul latihan berkaitan keganasan tempat kerja untuk petugas KKM, namun insiden tersebut tetap berlaku.

“Kami (MMA) menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengetatkan keselamatan di semua hospital dan pada masa sama mencegah keganasan sama berlaku terhadap para doktor.

“MMA mencadangkan, antara langkah-langkah yang boleh kerajaan pertimbangkan ialah kehadiran polis 24 jam di semua hospital kerajaan sama seperti kawalan keselamatan di kementerian dan jabatan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Dr Ganabaskaran percaya insiden sedemikian boleh meningkatkan tekanan pekerjaan dan mengurangkan semangat kerja, sekali gus boleh menjejaskan rawatan yang diberikan.

Pada Khamis lepas, seorang doktor di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai kecederaan selepas dipukul oleh sekumpulan lelaki, akibat kes cemburu melibatkan seorang wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here