Tinggalkan majlis untuk elak konfrontasi – Syed Saddiq

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata kumpulan yang tidak diundang seramai kira-kira 200 orang itu tiba-tiba muncul di majlis rapat umum yang dihadirinya, di Ulu Tiram, Johor, Jumaat lepas dan enggan berundur walaupun diminta berbuat demikian.

Jelasnya, pada malam kejadian, beliau turut menghubungi secara peribadi Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk mendapatkan nasihat selepas beliau melihat situasi semakin di luar kawalan.

“Pihak penganjur dan polis berkata jika kami berhadapan dengan mereka keadaan boleh menjadi tegang serta lebih teruk, dan jelas, kami tidak mahu apa-apa konfrontasi kerana ia boleh melibatkan fizikal.

“Jadi kami buat pilihan selamat iaitu masuk ke dalam hutan. Bukan hanya saya, Exco Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang melakukan perkara yang sama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi makan tengah hari bersama peserta Sekolah Kepimpinan Masa Depan Malaysia, di sini, hari ini.

Kumpulan itu yang berkemeja-T merah dan hitam dikatakan melemparkan kata-kata kesat, memaki hamun dan mengugut anggota Armada selain meminta Syed Sadiq meninggalkan negeri Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here