PUTRAJAYA –
Seorang peserta terjunan ekstrem sempena Putrajaya Base Jump berdepan detik cemas apabila payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat semasa hendak melakukan pendaratan.
Dalam kejadian pada kira-kira 5 petang itu, penerjun Jepun Yasuhiro Kubo tergantung pada tiang lampu sisi bangunan tersebut lebih 10 minit sebelum diselamatkan oleh pihak pengurusan acara dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya.
Mangsa yang mempunyai pengalaman lebih 32 tahun dan telah melakukan 12,000 terjunan dalam pelbagai disiplin itu dipercayai tersangkut pada aras 21 bangunan setinggi 40 tingkat itu, dipercayai ditolak angin ke arah dinding bangunan berkenaan sejurus melakukan terjunan.