Koronavirus: Ambil langkah pencegahan awal semasa sambutan Thaipusam – Dzulkefly

Penganut Hindu dan pengunjung yang mahu menyertai sambutan Thaipusam Sabtu ini dinasihat mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelak kemungkinan jangkitan 2019 Novel Koronavirus.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata mereka diminta mengutamakan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau ‘hand sanitizer’ serta memakai penutup mulut dan hidung..

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ingin menasihatkan, elakkan hadir bagi mereka yang tidak sihat, tetapi jika mahu hadir juga mereka perlu mengambil langkah pencegahan, pakai topeng mulut dan hidung,” katanya pada sidang media harian situasi terkini koronavirus di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here