Empat anggota bomba cedera semasa memadam kebakaran

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata mereka yang cedera terdiri daripada  seorang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan tiga anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang membantu memadamkan kebakaran tersebut.

“Ketika mereka sedang melakukan semburan dinding bahagian tepi bangunan, tiba-tiba ia (dinding) runtuh sebelum menghempap mereka.

Katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu kira-kira 8.58 malam dan sebaik tiba mendapati api sedang marak di kedai kertas, kedai emas dan kedai alkohol itu.

Saadon berkata tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke sebuah pusat jagaan orang tua yang terletak di bangunan bersebelahan.

“Sebanyak 73 warga emas di situ berjaya dikeluarkan daripada premis tersebut oleh petugas di situ serta bantuan orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata 70 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu yang selesai sepenuhnya kira-kira 12 tengah malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here