Kes lucut hak harta Najib, Rosmah didengar 11 Mac

KUALA LUMPUR –
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pendengaran permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta firma barang kemas Global Royalty Trading SAL untuk mendapatkan gambar serta membuat pemeriksaan fizikal terhadap harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, ke 11 Mac depan.
Harta yang disita daripada premis milik Obyu Holdings bernilai RM680 juta itu didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof yang memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan lebih masa untuk memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here