KPN sahkan empat pegawai, anggota polis ditahan salah guna kuasa, rasuah

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan empat pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa berhubung penemuan makmal dadah di Cheras, di sini, pada 12 Feb lepas.

Beliau berkata kesemua pegawai dan anggota polis itu ditahan di Selangor semalam dan kes berkenaan dikendalikan oleh Bukit Aman.

Abdul Hamid berkata satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

“Kami telah mengenal pasti siapa (empat pegawai dan anggota polis) yang terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab itu serta tiada kompromi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan dan perasmian projek penggantian lif di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here