ROMPIN –
Tapak pelupusan sampah Bandar Muadzam Shah di sini, ditutup berkuat kuasa serta-merta kepada orang awam yang berhasrat mencari bahan kitar semula, kata Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang Sharudin Hamid.
Beliau berkata tapak pelupusan sampah itu sememangnya kawasan larangan kepada orang awam dan hanya operator serta lori yang dilantik SWCorp sahaja dibenarkan masuk, namun berlaku kejadian tapak tersebut diceroboh.
Kami tidak mahu kejadian yang memungkinkan orang lain mencari bahan kitar semula berlaku kerana kawasan terlibat bahaya selain atas isu kesihatan.
Sharudin sebelum itu, menyertai sesi dialog Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy bersama penduduk Orang Asli dari suku Jakun di Kampung Bukit Biru di sini, hari ini.