Tanam pokok Cempaka Kuning simbolik Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 bermula hari ini dengan menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan upacara penanaman pokok Cempaka Kuning di perkarangan Istana Negara, sebagai simbolik mempengerusikan mesyuarat itu.

Upacara kali kedua penanaman pokok itu adalah atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kali pertama upacara itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 pada Oktober 2019 dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir menanam pokok Merbau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here