Ketua polis Johor terima e-mel ancaman

Johor Bahru, Feb 13.
Ketua polis Johor mengesahkan beliau turut menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom semalam.

M. Kumar berkata ancaman itu dihantar ke e-mel rasmi ketua polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum.“Semakan mendapati e-mel tersebut menggunakan alamat sama yang pernah dihantar beberapa tahun lepas. Kami percaya orangnya sama. Akaun yang digunakan palsu.

“Kami dalam usaha untuk mengenal pasti penghantar e-mel tersebut dan apa-apa perkembangan kami akan maklum kemudian,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni petugas Op Selamat di Jalan Lingkaran Dalam.

Kumar berkata e-mel yang dihantar individu terbabit adalah maklumat palsu bertujuan menimbulkan kegusaran dan ketegangan dalam kalangan orang ramai. Terdahulu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, mengesahkan tiga premis kerajaan di kawasan Johor Bahru Selatan menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang sama, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here