‘Raja Jin’ direman 14 hari

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘Raja Jin’ di sebuah surau sekitar kawasan hutan simpan Bukit Bauk di sini, direman 14 hari bermula hari ini.
Perintah reman ke atas suspek berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Hazwani Husin Bustari. Semalam, lelaki tersebut ditahan polis di sebuah surau di kawasan hutan simpan Bukit Bauk pada 3.20 petang, dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata lelaki itu menjadikan surau berkenaan sebagai tempat tinggal dan kehadirannya mula menimbulkan kegusaran kepada orang awam yang ingin singgah solat atau beriadah, di sekitar kawasan hutan simpan itu, apabila dia menghiasi kawasan sekitar serta bahagian dalam surau dengan kain kuning dan pelbagai lagi simbol, serta perhiasan.

Katanya siasatan mendapati Oktober lepas, lelaki itu ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor, sebelum disahkan menghidap penyakit berkaitan mental.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here