Masalah bekalan kuasa punca gangguan MRT

Ketua Pegawai Operasi MRT, Azmi Mohd Zain berkata bekalan kuasa dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu terputus bermula dari stesen Kajang kira-kira 12 tengah hari.

“Keadaan itu menyebabkan bekalan tenaga berterusan atau Uninterruptable Power Supply (UPS) serta peralatan pelbagai sistem isyarat terjejas di antara stesen Kajang dan stesen Batu 11, Cheras.

Sementara itu Ketua (Operasi dan Penyelenggaraan), Bahagian Rangkaian Pengedaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mohd Yusof Ibrahim berkata gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan perkhidmatan MRT semalam, berpunca daripada kerosakan kabel elektrik akibat kerja pengorekan oleh pihak ketiga.

Mohd Yusof berkata kerja pengorekan itu menyebabkan berlaku kerosakan kabel antara pencawang masuk utama (PMU) di Kajang dan stesen suis utama (SSU) di Stesen MRT Kajang.

Kerosakan kabel itu telah mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di Stesen MRT Kajang selama 70 minit iaitu bermula 12.09 tengah hari dan kembali pulih sepenuhnya pada 1.19 tengah hari semalam dengan menyalurkan bekalan elektrik alternatif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here