Petaling Jaya, Dis-
Polis meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kehilangan seorang gadis yang tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Jalan PJS 1/62, Taman Petaling Utama, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata gadis terbabit, G. Kavishalini, 20, keluar dari rumah jam 10,30 pagi namun tidak pulang.
Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada jam 2.19 petang kelmarin.
“Mangsa dilihat kali terakhir memakai baju tidak pasti dan berseluar jeans hitam.”Gadis terbabit mempunyai tahi lalat pada bahagian tengah dahi dan tinggi 146 sentimeter (sm),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor S Baalanaagan Chanderan di talian 014-8882388/ 011-31312341 atau 03- 79562222 bagi membantu siasatan.