Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di sempadan Turki – Iran

KUALA LUMPUR –

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi di Wilayah Van, Turki dan Azerbaijan Barat, Iran, semalam, menurut satu kenyataan Wisma Putra.

Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau perkembangan gempa bumi bersaiz 5.7 pada skala Richter di kawasan terbabit.

Menurut kenyataan itu setakat ini gempa bumi berkenaan mengorbankan sembilan nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada lebih 40 orang di kedua-dua wilayah.

“Wisma Putra menzahirkan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Turki dan Iran, terutamanya mereka yang terjejas akibat gempa bumi itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here