Bertanggungjawab lapor prosiding mahkamah – Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA –

Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat hari ini menggesa media agar lebih bertanggungjawab dalam melaporkan prosiding di mahkamah berdasarkan fakta dan bukan pemerhatian atau pandangan subjektif pihak tertentu.

Beliau berkata media sosial memainkan peranan yang besar pada zaman ini dan laporan berat sebelah serta tidak tepat mengenai prosiding di mahkamah secara langsung akan memberi kesan negatif terhadap badan kehakiman dan sistem keadilan negara.

“Adalah amat mendukacita apabila pihak media mengambil jalan mudah dengan memberi komen-komen yang sensasi dan tidak tepat tanpa mengambil kira keseluruhan keadaan dengan tujuan untuk menambah bilangan pembaca,” katanya semasa berucap pada majlis angkat sumpah jawatan serta taat setia Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Beliau berkata antara contoh laporan yang tidak objektif ialah saranan bahawa mahkamah dan hakim harus tertakluk kepada penilaian berterusan kerana komen sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan mempersoalkan integriti para hakim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here